Pages

zwani.com myspace graphic comments

Wednesday 15 June 2011

MUQADDIMAH

     Allah telah menurunkan beberapa masalah kepada manusia supaya dapat diatasi, supaya kita mencari jalan keluar dengan berusaha mengenali-Nya dan mendekatkan diri kita kepada-Nya. Supaya kita mencari jalan untuk memahami ayat-ayat-Nya.(Al-Quran)

   

     Begitu juga dalam hal mencari rezeki. Di dalam al-Quran dan hadis, terdapat beratus-ratus ayat dan hadis yang menerangkan panduan, kaedah dan peraturan dalam mencari rezeki supaya kita tidak melencong dari kebenaran. Terdapat pelbagai panduan supaya kita memperolehi rezeki yang melimpah ruah dan dapat digunakan rezeki itu ke jalan yang diredhai Allah. Selagi kita menjalankan kerja yang halal, Insyaallah Allah akan mengurniakan rezeki buat kita. Hendaklah kita berpegang bahawa rezeki kita di tangan Allah dan ditetapkan oleh Allah sejak Azali lagi.

[26] Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. 

[27] Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.

No comments:

Post a Comment